Muka berminyak! oh, terus perasaan rendah diri datang menerpa. Wajah berminyak, bak boleh menggoreng ikan. Kalau betul boleh dibuat menggoreng ikan, tak mengapalah, ini menimbulkan perasaan malu bila berdepan dengan orang lain.
Memang tak boleh dibiarkan dilema wajah sentiasa berminyak ini berterusan. Ikuti 8 tips mengatasi masalah wajah berminyak. Sebelum itu, kenali punca wajah berminyak.
PUNCA WAJAH BERMINYAK
Makanan berlemak
Makanan yang mengandungi lemak jika diambil secara berlebihan menyebabkan berlaku penimbunan lemak di bawah kulit. Lemak di bawah kulit ini merangsang lebihan minyak sehingga menyebabkan kulit berminyak.
Hormon tidak seimbang
Wanita mengalami perubahan hormon dalam hidupnya ketika menstruasi, hamil dan menopaus. Perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit.
Salah pilih kosmetik
Alat kosmetik mengandungi bahan kimia. Sebagai wanita, anda perlu berhati-hati memilih kosmetik. Jika kosmetik tersebut tidak sesuai dengan kulit, ia boleh menyebabkan kulit berminyak, iritasi dan kulit wajah sensitif.
Genetik
Cuba perhatian wajah kedua-dua ibu bapa dab adik beradik yang lain. Jika kebanyakan daripada mereka memiliki wajah yang berminyak ini bermakna faktor keturunan. Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi.
Ubat-ubatan
Jika anda berada dalam pemantauan doktor dan perlu makan ubat-ubatan, kulit berminyak mungkin datang daripada pengambilan ubat-ubatan ini.
Stress
Sebagai tindakbalas terhadap stres, tubuh menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah nampak berkilat dari jauh.
8 CARA ATASI KULIT BERMINYAK
1- MENCUCI MUKA
Menjaga kebersihan muka sangat penting. Sebaik-baiknya cuci muka dengan pembersih yang bersesuian dengan kulit. Bagi mengelak minyak yang berlebihan, cukup dengan hanya membersih wajah dua kali sehari.
Jika kerap membersih wajah, ia akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan membersih wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.
2- MINUM AIR KOSONG
Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Minum air dengan banyak boleh menjaga metabolisme tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air memberi kelembapan dan menghalang penghasilan minyak berlebihan.
3- AIR SUAM
Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang sudah dicampur sedikit garam. Tekap secara perlahan-lahan dan biarkan sehingga tuala tersebut sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan garam berfungsi mengangkat kotoran pada wajah.
4- PUTIH TELUR
Ambil putih telur dan gunakannya sebagai masker. Asingkan kuning telur dan putih telur.
Pukul putih telur dan sapu di wajah serta biarkan kering. Bilas dengan air suam.
5- PISANG
Selain berfungsi untuk mengurangkab rasa sakit ketika menstruasi, pisang yang kaya dengan vitamin A,B dan E juga berfungsi sebagai anti penuaan. Kisar pisang dan tekap di wajah yang telah dicuci.
Jika kulit wajah berjerawat, tambah sedikit madu untuk menyingkirkannya.
6- LEMON
Lemon mengandungi vitamin C yang membantu kulit yang cerah dan menyingkirkan bekas jerawat. Perah air lemon kemudian tambah madu dan tekap di wajah.
Jika mahu kesan yang lebih, minum air lemon suam yang ditambah madu untuk membersihkan kulit dari dalam.
7- ASID SALICYLIC
Boleh juga menggunakan asid salicylic untuk kesan yang lebih cepat. Asid ini berfungsi untuk mengeluarkan kalenjar produksi minyak dan folikel serta mengurangkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh kulit.
Ketika membeli pembersih wajah atau krim muka, pastikan produk tersebut mengandungi asid ini. Asid salicylic juga dikenali sebagai 2-hydroxybenzoic.
8- SEt THE RADIANT 4
Set The Radiant 4 terdiri dari 4 jenis produk iaitu Kolagen, ESP, Vitamin C & GLA. Setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri yang membantu mengawal kulit wajah yang berminyak.
TESTIMONI The Radiant 4
![]() |
Sangat berminat untuk mendapatkan THE RADIANT 4 tersebut? Boleh hubungi Cik Ieda seperti berikut;
SMS /CALL/ WHATSAPP : 012.990.6728
Shaklee ID : 929902
FB Page : CikIedaVitaminShoppe
Email: kedaivitaminfatin@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan Vitamin Shaklee di Personel FB & Fanpage. Jadi, Kalau sudi untuk mengikuti aktiviti terkini saya, boleh add Cik Ieda.
TIPS BELIAN JIMAT! Daftar Ahli Shaklee untuk Penjimatan sehingga 20%
KLIK E-SELL untuk membuat belian terus. Hanya ikuti sahaja langkah-langkah yang diberikan, Produk Anda akan dipos oleh Syarikat. Atau, jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk hubungi CIK IEDA.
BELI DISINI! |
No comments:
Post a Comment