Selepas menimang cahaya mata, ibu pasti ingin menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Namun, bukan semua ibu mampu berbuat demikian akibat penghasilan susu yang kurang. Untuk itu, ibu bolehlah mencuba menambahkan penghasilan susu dengan meminum air barli seriap hari. InsyaAllah, ianya mungkin membantu meningkatkan penghasilan susu badan.
Buah Kiwi & Limau Sunkist Sebagai Pelawas semasa Berpantang
Kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengalami masalah sembelit. Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan air dalam badan. Sekiranya masalah ini berlaku, pasti ia menyusahkan para ibu. Untuk mengatasi masalah ini, makanlah buah kiwi atau limau sunkist. Ia mampu melawaskan sistem penghadaman.
Lidah Buaya Hilangkan Kedut Wajah
Lidah buaya merupakan pokok renek yang serba guna kerana selain merawat parit, ia juga mampu mengurangkan kedut di wajah. Ambil daun lidah buaya, keluarkan gelnya dan sapu pada kulit tiga kali seminggu. Lebih menarik, jika anda jadikan gel lidah buaya atau aloe vera ini sebagai masker. Tambahkan sahaja dua sudu lemon dan sedikit madu bersama. Ratakan pada wajah setiap malam sebelum tido selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas. selamat mencuba!
Asam Jawa Atasi Tumit Pecah
Asam jawa sebenarnya bahan yang baik untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah. Bersihkan tumit kaki, kemudian ambil asam jawa yang direndam terlebih dahulu. Sapukan di bahagian bermasalah, biarkan selama 10 atau 15 minit hingga kering. Akhir sekali, bilas dengan air yang bersih. Lakukan langkah ini setiap hari sebelum tidur sehingga anda memiliki tumit kaki yang diidamkan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat!