Friday, 17 February 2017

5 Jenis Makanan Sihat Yang Membantu Ketahanan Badan Semasa Demam

Makanan semulajadi seperti berikut membantu untuk menjaga sistem ketahanan badan semasa badan kita diserang demam. 5 makanan sihat tersebut adalah seperti berikut:


BAWANG PUTIH



Bawang putih telah digunakan sejak ratusan tahun yang lalu sebagai antiseptik. Dengan pengambilan bawang putih, ia memberikan perlindungan kepada demam, batuk dan jangkitan. Bawang putih mengandungi Vitamin C, B1 dan B6, Mineral (fosfor dan zat besi) dan sulfoxide alliin yang dikenali sebagai anti bakteria.

OMEGA 3

Salmon, Tuna dan Mackerel kaya dengan Asid Lemak Omega 3 serta membantu menguatkan sistem imunisasi badan. Ikan jenis ini juga boleh melindungi badan anda daripada jangkitan.

KACANG & BIJI-BIJIAN

Kacang & biji-bijian
sangat membantu untuk meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia kaya dengan Vitamin E yang merangsang pengeluaran sel untuk menyingkirkan bakteria dan sel dalam badan.


GANDUM


Nasi merah, oat dan produk yang diperbuat daripada gandum amat kaya dengan serat, protein dan antioksidan. Kelebihan gandum adalah ianya dapat meningkatkan daya ketahanan badan jika diambil secara rutin.

BUAHAN & SAYURAN


Makanan yang kaya serat sangat efektif untuk menjaga daya ketahanan badan, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Pengambilan sayuran dan buah-buahan dapat mengurangkan risiko kardiovaskular dan melindungi sel badan daripada rosak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat! 

No comments:

Post a Comment