Pada mata kasar, Jus dan Smoothie nampak lebih kurang sama. Yelah, dua-duanya pun menggunakan buah-buahan. Naamun begitu, Jus dan Smoothie mempunyai beberapa perbezaan yang signifikan di antara keduanya.
PERBEZAAN JUS
- Jus dihasilkan daripada elstrak buah-buahan. Ianya hanya memberikan rasa jus tulen tanpa sebarang serat kerana bahagian berserabut (pulpa) dan serat tertinggal ketika perahan.
- Jus juga telah kekurangan serat dan pelnagai nutrient yang pada dasarnya hanya bersumberkan gula yang tidak mempunyai nutrient sokongan untuk membantu proses pencernaan dan metabolisme.
- Jus menaikkan gula dalam darah dengan lebih cepat berbanding buah-buahan keseluruhan dan tahap gula yang boleh diperoleh dari jus buah-buahan adalah lebih tepat daripada paras yang terdapat dalam buah-buahan keseluruhan.
- Ketika menghasilkan jus, kulit buah, biji dan serat diasingkan.
- Jus lebih mudah dihadamkan.
- Kandungan nutrient di dalam jus lebih mudah diserap oleh tubuh.
- Jus lebih sesuai untuk detoks tubuh.
- Jus amat sesuai untuk penyembuhan dan kesihatan tubuh.
- Kurang sesuai untuk pesakit kencing manis disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi.
- Jus amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sistem pencernaan dan penghadaman yang lemah dan sukar memproses serat.
- Jus mewujudkan pembaziran serat dan bahagian lain pada buah dan sayur-sayuran.
- Menikmati jus dikatakan memudahkan anda untuk tidur lena.
PERBEZAAN SMOOTHIE
- Smoothie merupakan gabungan pelbagai bahan yang mempunyai kandungan tebal. Smoothie masih mengekalkan kesemua serat yang ada dalam buah-buahan yang digunakan.
- Ketika penghasilan Smoothie, kulit buah, biji dan serat tidak diasingkan, tapi dicampurkan kesemuanya sekali.
- Smoothie lebih sukar dihadam berbanding jus.
- Kandungan Smoothie lebih perlahan diserap oleh tubuh.
- Smoothie pula lebih kepada sajian hebat untuk mengurangkan nafsu makan dan membuatkan tubuh lebih kenyang.
- Kandungan serat yang banyak di dalam smoothie pula bagus untuk membersihkan kolon dan usus.
- Kandungan serat yang lebih tinggi di dalam smoothie lebih sesuai diambil oleh mereka yang bimbang mengenai kandungan gula yang mudah naik di dalam tubuh.
- Smoothie mengandungi serat tetapi ia telah diproses kepada bahagian yang lebih kecil dan lebih mudah dihadam.
- Smoothie pula menggunakan keseluruhan bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran.
Melihat dari sudut pemakanan, kedua-duanya boleh menjadi tambahan yang baik untuk diet harian anda.Namun, ia memberi impak berbeza.Jadi, Smoothie atau jus yang menjadi pilihan hati anda!
Sempena bulan MEI 2017 Shaklee menawarkan pembelian PWP Blender FERRANO yang menarik sekali warnanya. Merahnya Mak Ngah! Dah namanya pun blender, maka bolehlah dibuat pelbagai jenis Smoothie yang sedap menggunakan bahan utama seperti ESP, CINCH SHAKE dan juga VIVIX!
Sangat berminat untuk mendapatkan Blender FERRANO tersebut? Boleh hubungi Cik Ieda seperti berikut;
Azlida Abdullah
SMS /CALL/ WHATSAPP : 012.990.6728
Shaklee ID : 929902
FB Page : CikIedaVitaminShoppe
Email: kedaivitaminfatin@gmail.com
Saya selalu berkongsi mengenai kebaikan Vitamin Shaklee di Personel FB & Fanpage. Jadi, Kalau sudi untuk mengikuti aktiviti terkini saya, boleh add Cik Ieda. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment