Sunday, 27 March 2016

Cegah Masalah Katarak Mata Di Kalangan Warga Emas dengan Mudah

Assalamualaikum.

credit to google
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit katarak yang disebabkan oleh faktor peningkatan usia menyumbang kepada 48 peratus kes-kes buta di seluruh dunia dan jumlah ini melibatkan seramai 18 juta penduduk dunia.

Bila menginjak usia, seringkali mak/ ayah kita mengalami masalah mata tidak dapat melihat dengan jelas iaitu masalah selaput mata. Kesian kan jika ini terjadi kepada mak/ayah kita. Menurut Dr. Shatriah Ismail, penyakit katarak ataupun selaput mata merupakan masalah penglihatan yang paling kerap dihadapi oleh warga emas di seluruh dunia secara amnya. 

Penyakit katarak yang berlaku di kalangan warga emas di kenalpasti berpunca daripada proses peningkatan usia.

Katarak
Menurut Wikipedia, Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini akan menjejaskan penglihatan seseorang. 

Penyakit katarak yang disebabkan faktor peningkatan usia biasanya berlaku pada individu yang berusia melebihi umur 60 tahun. Penyakit ini berlaku secara perlahan-lahan dan biasanya melibatkan kedua-dua belah mata. Penyakit ini juga berlaku tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan.



Di Antara Tanda-tanda Katarak
  • Penyakit katarak akibat peningkatan faktor usia berlaku secara perlahan-lahan.
  • Antara tanda-tanda awal ialah penglihatan jauh menjadi kabur dan kerap menukar cermin mata.
  • Penyakit ini tidak menyebabkan rasa sakit pada bola mata ataupun menyebabkan bola mata menjadi merah.
  • Pesakit yang mengalami penyakit katarak pada peringkat yang hampir matang akan mengalami gangguan penglihatan yang ketara terutamanya pada jarak yang dekat.
  • Pesakit akan mengalami kesukaran untuk melihat ketika membaca, menulis dan memandu. Pesakit yang mengalami penyakit katarak matang pada kedua-dua belah mata pula akan mengalami kesukaran untuk menjalani aktiviti harian lain seperti makan, minum dan menjaga kebersihan diri.
  • Warga emas dengan masalah ini sebenarnya akan mengalami waktu yang sangat sukar kerana mereka memerlukan bantuan orang lain sepanjang masa untuk menguruskan diri sendiri.

Langkah-langkah pencegahan
  • Setakat ini tiada langkah pencegahan yang khusus untuk penyakit ini memandangkan puncanya dikenal pasti berlaku akibat peningkatan faktor usia.
  • Bagaimanapun, para penyelidik dan doktor menyarankan pesakit supaya berhenti merokok, mengelakkan pengambilan alkohol dan mengurangkan pendedahan kepada sinar ultraviolet bagi memperlahankan kadar proses katarak berlaku.
  • Pesakit kencing manis dan darah tinggi juga dinasihatkan supaya memastikan tahap kesihatan mereka terkawal dan memuaskan.
  • Antara langkah pencegahan lain yang dicadangkan adalah dengan mengamalkan supplement untuk mata iaitu Caratomax.


Kebaikan Caratomax untuk kesihatan mata

Carotomax mengandungi 6 varieti karotenadiekstrak dari rangkaian sayuran dan buah-buahan yangkaya dengan sifat antioksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli,marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain.



Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa.

Alpha Carotene 

  • Untuk penglihatan malammata sihatmenghalang degenerasi penglihatan.
Beta Carotene 
  • Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. 
Lycopene
  • Bersifat anti-oksidanmenghalang penuaan organ
  • Untuk servis yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun.
Astaxanthin
  • Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon.Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. 
  • Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.
Lutein
  • Menyekat katarak, AMD( age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur),glaukoma.
Zeaxhantin
  • Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.


TESTIMONI Caratomax mebantu masalah Katarak di kalangan Warga Emas

TESTIMONI 1

"Berbalik kepada cerita yang nak saya cerita ni...semalam saya pergi ke Branch Shaklee Kota Bharu...sambil-sambil tunggu order customer saya, datanglah seorang makcik yang berusia dalam 60 lebih dah kot...dengan suara yang riuh rendah atau bahasa lain 'gegel'. melihatkan ke arah makcik tu saya pun bertanya:

saya: makcik beli apa?

Makcik : 'Mokcik mari beli ni la hok shaklee ni...molek ngat...' tengok mata mokcik ni...sambil tunjuk mata dia ke saya...(memang berselaputlah mata makcik ni). dulu doctor nok bedah doh mata mokcik ni...mokcik kata biar dulu ah...sebab makcik nak cari ikhtiar lain dulu...pastu jupa la shaklee ni...alhamdulilllah mata mokcik molek doh...boleh baca Al Quran ...naik motor malam pun boleh doh..kalu jauh pun boleh tengok doh..

Saya : saya pun teruja la dengar testimoni yang tak disangka-sangka ni...saya pun tanya makcik ni lagi...

Mokcik makan gapo hok shaklee ni?

Mokcik : mokcik makan 2 jah.. alpalpa ngan caratomax jah...mokcik amal makan ni...




Semoga anda mendapat manfaat dari sharing Makcik tadi. Hadiahkan kepada mak/ayah Caratomax supaya mak/ayah dapat mengelakkan masalah katarak mata dari awal kerana katarak ini kebanyakannya berlaku di kalangan warga emas.

Jika anda berminat untuk membuat pembelian dan mendapatkan harga diskaun, boleh hubungi saya di nombor seperti berikut:-

Whatsapp/call/sms - 012.990.6728

atau

Klik di gambarajah di bawah untuk membuat pembelian melalui Esell.

 Sila Klik Untuk Pembelian Terus
Sila klik Sini untuk membuat pembelian Caratomax

Penafian:-
Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.


Saturday, 26 March 2016

Testimoni Nutriferon

Assalamualaikum...

Saya kongsikan Testimoni Nutriferon untuk semua. semoga bermanfaat dalam meningkatkan tahap kesihatan kita semua.


Salam...saya nak share pasal Nutriferon since ni supplement yang wajib ada kat rumah...tak boleh xde...

minggu lepas 1 rumah demam batuk selsema....berjangkit dengan si kecik adik selsema berair macam air paip. kasi dia makan 1 sachet pg dan malam, konsisten 3 hari alhamdulillah, actually hari kedua tu selsema dah ok, badan tak jadi demam..hari ke tiga totally kering....

kalau orang dewasa ambil lebih, husband sakit tekak badan seram sejuk, ambik 2 pg 2 malam, masa teruk dah start demam increase dose dan add garlic dan vitamin c, insyaallah ikhtiar terbaik..


Monday, 7 March 2016

Fakta Terbaru Mengenai Minyak Ikan


Sedikit perkongsian mengenai Kebaikan Minyak Ikan yang telah diketahui umum tentang kebaikannya, ditambah lagi dengan 3 fakta terbaru mengikut rujukan majalah isihat edisi Oktober 2015, berkongsikan 3 manfaat TERBARU manfaat minyak ikan di kalangan kanak-kanak.

1- Minyak Ikan membantu meningkatkan kemampuan anak membaca 



2- Menyihatkan gigi dan gusi
Image result for strong teeth for kids

Mengurangkan keinginan makan junk food dengan memainkan peranan penting dalam merendahkan kemampuan karbohidrat (gula) dan lemak tepu dengan menghalang kawalan otak terhadap keinginan untuk makan.

Wednesday, 2 March 2016

Sebab Ibu Hamil Berasa Panas Terutamanya di Fasa Akhir Kehamilan

Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan. Akibatnya, baju yang dipakai mudah basah.

Berpeluh
Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Oleh sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan. Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimanapun dinasihatkan perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu badannya meningkat lebih dari biasa. Barangkali, ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitam kuman pada tubuh.


Pakai pakaian yang longgar
Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. 

Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Dan, jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

6 Tips Atasi Wajah Kusam

1 - Melakukan Aktiviti Luar
Mungkin ada yang beranggapan kenapa perlu melakukan aktiviti luar seperti berjogging dan sebagainya sedangkan tubuh sedah keletihan. Sebenarnya, dengan melakukan senaman ringan pada waktu pagi misalnya membolehkan anda menghirup udara lebih segar sekaligus dapat membuatkan tubuh lebih relaks.

Selain dari itu, udara waktu pagi juga selamat dari sebarang pencemaran. Malah, ia turut membantu melancarkan peredaran darah dan membantu tubuh lebih relaks dan segar.

2- Minum Air Putih
Pengambilan air putih sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari adalah amat digalakkan. Namun, ada yang tidak mengambil kisah hal ini dan melebihkan pengambilan air manis dan berkafein. 

Tidak kurang juga ada yang tidak minum apa pun di pagi hari. Sebaiknya, bagi anda yang gemar melakukan aktiviti luar, pastikan sebotol air putih turut di bawa bersama dan minumlah ketika memulakan aktiviti harian anda.

Melalui cara ini, sel-sel kulit akan terhidrasi dan lebih kenyal. Bagi kesan yang lebih baik, apa kata letakkan sedikit perahan lemon untuk meningkatkan metabolisme tubuh selain menghilangkan rasa payau air putih tersebut.

3- Rawat Mata
Bagi anda yang menghadapi masalah kesan lebam di bawah mata akibat kurang tidur tetapi tiada masa untuk melakukan rawatan spa, apa kata anda mencuba krim mata atau gunakan pad mata bagi membantu menutupi lingkaran hitam atau bengkak pada mata.

Kaedah ini akan membuatkan mata akan berasa relaks selain dapat membantu melancarkan peredaran darah. Pastikan pad mata tersebut mengandungi bahan-bahan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam pada mata secara tepat.

4- Bantuan Kosmetik
Selain penggunaan pad mata herba, anda juga boleh mencuba kaedah moden iaitu dengan menggunakan produk kosmestik bagi menutupi kekurangan pada wajah anda. Krim pelindung cahaya matahari misalnya dapat menghindari dari terdedah kepada matahari selain turut membantu membuatkan kulit wajah lebih cantik bersinar.

Gunakan solekan natural dan sapukan krim highlight di kedua pipi anda menggunakan hujung jari. Kaedah ini akan membantu anda kelihatan lebih segar. Selain itu, dengan mengusap highlight, anda boleh juga menggunakan pembayang mata rona cerah yang disapu di bawah lengkungan alis dan sudut mata. Ia akan membantu mata anda dilihat 'lebih hidup'

5- Pemakaian maskara dan pemerah pipi
Image result for blusher
Bagi anda yang kurang gemar memakai solekan, apa kata anda gunakan maskara dan pembayang mata sahaja. Dua produk ini akan membantu menutupi kekurangan pada wajah terutama bagi anda yang tidak cukup tidur. Maskara akan membantu membuatkan pipi lebih segar dan ceria.

6- Menggunakan madu
Selain penggunaan produk kosmetik, anda juga boleh menggunakan madu untuk kulit wajah. Tidak sekadar berfungsi sebagai antiseptik semulajadi yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh, madu juga bermanfaat sebagai pelembap semulajadi.

Anda boleh menggunakan madu sebagai bahan mencantikkan wajah serta menghaluskan kulit kering atau pecah-pecah. Bagi yang mengalami bibir pecah, sapukan sedikit madu terutama pada waktu pagi dan malam.

Selain menghilang masalah bibir pecah, ia juga dapat membantu membuatkan bibir merah dan seksi andai dilakukan secara rutin. Bagi yang mengalami masalah liang roma besar, apa kata atasinya dengan madu,. Jadikan madu sebagai masker untuk mengecilkan liang-liang roma selain membantu menghaluskan kulit wajah.

caranya, boleh ikut panduan ini.


  1. Bersihkan wajah dengan tuala yang telah dibasahi air suam untuk membuka liang-liang roma
  2. Campurkan madu dengan oat lalu sapukan ke seluruh permukaan wajah.
  3. Biarkan sekitar 15-30 minit
  4. Cuci dengan air suam kemudian diikuti dengan air sejuk untuk menutup kembali liang-liang roma.

Tuesday, 1 March 2016

Patent Pending VIVIX

Kebelakangan ini, vivix menjadi perbualan ramai dek kerana khasiatnya yang tidak mampu ditandingi oleh Produk lain di pasaran. hanya Syarikat Shaklee sahaja yang mengeluarkan produk Vivix!

Biasa dengar Produk yang didatangkan dengan "Patent Pending". Apa maksud "Patent Pending" dan kelebihannya?

"Patent Pending"

Patent Pending bermaksud sesuatu produk yang telah dihantar permohonan untuk dipatenkan, walaupun belum lagi dipatenkan secara rasmi, dapat menjamin hakcipta produk vivix ni, macam saya beritahu di atas, setakat ini, hanya Syarikat Shaklee sahaja yang mengeluarkan produk Vivix. 

3 perkara yang dipatenkan untuk Vivix




Proses Cold Filling Extraction
Ada pelbagai jenis proses untuk ekstrak jus/minyak/ pati dari tumbuh-tumbuhan. Vivix menggunakan kaedah "COLD EXTRACTION" untuk mengeluarkan pati dari buah dengan suhu yang rendah.

Ada proses yang menggunakan air panas/suhu panas, walaubaimanapun, kaedah ini boleh mengurangkan kualiti produk tersebut walaupun hasilnya lebih banyak.

Gabungan Polifenol
Untuk kesan maksimum, Vivix bukan sahaja  mengandungi resveratrol, tetapi juga mengandungi polifenol. 

Semulajadi, tanpa pengawet & stabil
contohnya, jika kita letakkan vivix di atas meja, vivix tidak akan meruap. Jika diletakkan di dalam freezer, vivix tidak akan membeku (menarik bukan). Dan, pastinya itu semua terjadi bukanlah dari tindakbalas bahan kimia (produk shaklee menggunakan bahan bahan semulajadi, selamat untuk tubuh kita, selamat juga untuk bumi kita)

Dengan manfaat 3 perkara di atas, agaknya, beruntung tak kita mendapat khasiat Vivix? confirm beruntung!