1 - Melakukan Aktiviti Luar

Mungkin ada yang beranggapan kenapa perlu melakukan aktiviti luar seperti berjogging dan sebagainya sedangkan tubuh sedah keletihan. Sebenarnya, dengan melakukan senaman ringan pada waktu pagi misalnya membolehkan anda menghirup udara lebih segar sekaligus dapat membuatkan tubuh lebih relaks.
Selain dari itu, udara waktu pagi juga selamat dari sebarang pencemaran. Malah, ia turut membantu melancarkan peredaran darah dan membantu tubuh lebih relaks dan segar.
2- Minum Air Putih

Pengambilan air putih sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari adalah amat digalakkan. Namun, ada yang tidak mengambil kisah hal ini dan melebihkan pengambilan air manis dan berkafein.
Tidak kurang juga ada yang tidak minum apa pun di pagi hari. Sebaiknya, bagi anda yang gemar melakukan aktiviti luar, pastikan sebotol air putih turut di bawa bersama dan minumlah ketika memulakan aktiviti harian anda.
Melalui cara ini, sel-sel kulit akan terhidrasi dan lebih kenyal. Bagi kesan yang lebih baik, apa kata letakkan sedikit perahan lemon untuk meningkatkan metabolisme tubuh selain menghilangkan rasa payau air putih tersebut.
3- Rawat Mata

Bagi anda yang menghadapi masalah kesan lebam di bawah mata akibat kurang tidur tetapi tiada masa untuk melakukan rawatan spa, apa kata anda mencuba krim mata atau gunakan pad mata bagi membantu menutupi lingkaran hitam atau bengkak pada mata.
Kaedah ini akan membuatkan mata akan berasa relaks selain dapat membantu melancarkan peredaran darah. Pastikan pad mata tersebut mengandungi bahan-bahan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam pada mata secara tepat.
4- Bantuan Kosmetik

Selain penggunaan pad mata herba, anda juga boleh mencuba kaedah moden iaitu dengan menggunakan produk kosmestik bagi menutupi kekurangan pada wajah anda. Krim pelindung cahaya matahari misalnya dapat menghindari dari terdedah kepada matahari selain turut membantu membuatkan kulit wajah lebih cantik bersinar.
Gunakan solekan natural dan sapukan krim highlight di kedua pipi anda menggunakan hujung jari. Kaedah ini akan membantu anda kelihatan lebih segar. Selain itu, dengan mengusap highlight, anda boleh juga menggunakan pembayang mata rona cerah yang disapu di bawah lengkungan alis dan sudut mata. Ia akan membantu mata anda dilihat 'lebih hidup'
5- Pemakaian maskara dan pemerah pipi
Bagi anda yang kurang gemar memakai solekan, apa kata anda gunakan maskara dan pembayang mata sahaja. Dua produk ini akan membantu menutupi kekurangan pada wajah terutama bagi anda yang tidak cukup tidur. Maskara akan membantu membuatkan pipi lebih segar dan ceria.
6- Menggunakan madu

Selain penggunaan produk kosmetik, anda juga boleh menggunakan madu untuk kulit wajah. Tidak sekadar berfungsi sebagai antiseptik semulajadi yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh, madu juga bermanfaat sebagai pelembap semulajadi.
Anda boleh menggunakan madu sebagai bahan mencantikkan wajah serta menghaluskan kulit kering atau pecah-pecah. Bagi yang mengalami bibir pecah, sapukan sedikit madu terutama pada waktu pagi dan malam.
Selain menghilang masalah bibir pecah, ia juga dapat membantu membuatkan bibir merah dan seksi andai dilakukan secara rutin. Bagi yang mengalami masalah liang roma besar, apa kata atasinya dengan madu,. Jadikan madu sebagai masker untuk mengecilkan liang-liang roma selain membantu menghaluskan kulit wajah.
caranya, boleh ikut panduan ini.

- Bersihkan wajah dengan tuala yang telah dibasahi air suam untuk membuka liang-liang roma
- Campurkan madu dengan oat lalu sapukan ke seluruh permukaan wajah.
- Biarkan sekitar 15-30 minit
- Cuci dengan air suam kemudian diikuti dengan air sejuk untuk menutup kembali liang-liang roma.
No comments:
Post a Comment