Wednesday, 2 March 2016

Sebab Ibu Hamil Berasa Panas Terutamanya di Fasa Akhir Kehamilan

Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan. Akibatnya, baju yang dipakai mudah basah.

Berpeluh
Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Oleh sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan. Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimanapun dinasihatkan perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu badannya meningkat lebih dari biasa. Barangkali, ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitam kuman pada tubuh.


Pakai pakaian yang longgar
Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. 

Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Dan, jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

No comments:

Post a Comment